Kita selalu gunakan laman web percuma seperti Yahoo, Google, MSN, dan lain2 yang sewaktu dengannya. Bagaimana semua ini PERCUMA sedangkan pada hari ini mana ada benda yang free. Semuanya perlukan $$$.
Facebook kita dapat gunakannya percuma. Tetapi kita dengar cerita bahawa pemiliknya menjadi jutawan yang kaya raya dalam masa 1 tahun sahaja di usia 25 tahun.
Bagaimana beliau menjadi kaya sedangkan kita melayarinya percuma sahaja. Siapakah yang memberi mereka wang? bagaimana wang kita mengalir kepada mereka?
Sebenarnya di sebalik berlangsungnya aktiviti percuma ini, terdapat transaksi yang mempunyai nilai $$$ sangat tinggi di antara media percuma dangan pihak ketiga.
Pihak ketiga ini ialah syarikat pengeluar produk untuk kegunaan masyarakat umum seperti Petronas, Shell, BMW, Mas, Nokia dan sebagainya. Pihak pengeluar sentiasa memperuntukkan bajet yang sangat besar untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Mereka akan mengenalpasti media iklan yang sesuai untuk memaparkan iklan mereka. Syarikat sanggup membelanjakan kos yang tinggi kerana pulangannya juga tinggi.
Syarikat tersebut hanya akan mempromosikan iklan mereka di media yang mempunyai kunjungan/tontongan yang tinggi, Ianya lebih dikenali sebagai trafik. Lagi tinggi trafik pengguna sesuatu portal, semakin banyak permintaan untuk meletakkan Iklan, maka semakin mahal kos yang perlu dibayar oleh syarikat berkenaan. Internet hari ini seumpama satu dunia lain yang bergerak secara maya. Portal seumpama kedai-kedai yang terdapat dimana-mana, datang dan pergi kepada pengguna internet.
Kesimpulannya:
- Semakin ramai pengguna yang mengunjungi sesuatu laman web semakin popularlah laman web tersebut.
- Semakin popular sesuatu laman web, semakin banyak syarikat berminat untuk letakkan iklan masing-masing
- Semakin banyak syarikat ingin letak iklan di sesuatu laman web, semakin mahal kos/harga iklan dikenakan
- Semakin mahal harga/kos iklan yang dikenakan semakin untung pemilik portal iklan tersebut
Jelas sekali bahawa pengiklananlah yang menjadi nadi dan sumber pendapatan web/media yang percuma. Sebagai pengguna, kita tidak diberi peluang langsung untuk sama-sama menjana pendapatan dalam industri pengiklanan ini.
SILA TERUSKAN KE PAGE IKLANBIZ