Monday 4 April 2011

Sunday 27 March 2011

BUAT LOAN SIMPAN DI ASB

 
Setengah orang, bila nak disuruh menyimpan, macam macam alasan dia berikan. Susah nak berdisiplin. Kalau menyimpan dengan cara berhutang seperti ASB loan ni, lebih baik sebab kita macam terpaksa bayar loan tiap-tiap bulan.
 
Sebenarnya ini hanyalah isu sikap peribadi anda saja. Cuba amalkan menyimpan dulu sebelum berbelanja. Insya-Allah simpanan akan terhasil. Kalau kurang berdisiplin, buat potongan gaji atau autodebit. Masuk ASB atau unit trust / investment-linked funds agar dapat pulangan yang setimpal. Itulah yang saya buat sekarang, setiap bulan income saya dah potong awal-awal untuk simpanan dan insurans keluarga. Jadi bila dapat duit, duit tu bersih untuk buat apa saja.
 
Cuma samada simpan melalui ASB loan itu menguntungkan, itu terpulang kepada diri masing-masing, bagaimana anda melihatnya. Pada saya, secara peribadi, simpan melalui ASB loan tak menguntungkan sebab dividen kita habis dihakis oleh interest bank. Bila BLR naik, silap silap dividen asb pun tak dapat nak cover interest bank.
 
Memanglah staff bank iklan best-best, ambil asb loan RM100,000 untuk 20 tahun, dapat dividen penuh 8% setahun bulat-bulat! Tapi ramai orang terlupa, dividen tu awal januari tahun depan baru dapat. Sekarang ni, anda dok bayar interest kat bank from jan to disember.
 
Ingatkan boleh “buat duit” tanpa guna modal sendiri, guna duit bank. Rupa-rupanya bank yang buat duit, guna nama kita untuk invest dalam ASB (the safest investment of all). Sebab bank pinjamkan RM100,000, dia akan dapat balik RM100,000 (sebab anda kena ganti balik). Tambahan dari itu, dapat interest dalam RM78,000 lagi (jika interest 6.5% setahun), dikorek dari dividen ASB kita. Kita untung sikit. Recommend kawan pun, bukan dapat apa-apa dari bank. Kita je yang cerita punya-lah gah, kononnya akan jadi kaya 20 tahun lagik!

(Petikan: rancangwang.wordpress.com)
 

Thursday 24 March 2011

Kad kredit oh kad kredit

Ramai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…
Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.
Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…
… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!
Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.
Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! :) -Irfan Khairi

Thursday 10 March 2011

JUTAWAN INTERNET

Kita selalu gunakan laman web percuma seperti Yahoo, Google, MSN, dan lain2 yang sewaktu dengannya. Bagaimana semua ini PERCUMA sedangkan pada hari ini mana ada benda yang free. Semuanya perlukan $$$.


Facebook kita dapat gunakannya percuma. Tetapi kita dengar cerita bahawa pemiliknya menjadi jutawan yang kaya raya dalam masa 1 tahun sahaja di usia 25 tahun. 

Bagaimana beliau menjadi kaya sedangkan kita melayarinya percuma sahaja.Siapakah yang memberi mereka wang? bagaimana wang kita mengalir kepada mereka? 


Sebenarnya di sebalik berlangsungnya aktiviti percuma ini, terdapat transaksi yang mempunyai nilai $$$ sangat tinggi di antara media percuma dangan pihak ketiga.

Pihak ketiga ini ialah syarikat pengeluar produk untuk kegunaan masyarakat umum seperti Petronas, Shell, BMW, Mas, Nokia dan sebagainya. Pihak pengeluar sentiasa memperuntukkan bajet yang sangat besar untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Mereka akan mengenalpasti media iklan yang sesuai untuk memaparkan iklan mereka. Syarikat sanggup membelanjakan kos yang tinggi kerana pulangannya juga tinggi.


Syarikat tersebut hanya akan mempromosikan iklan mereka di media yang mempunyai kunjungan/tontongan yang tinggi, Ianya lebih dikenali sebagai trafik. Lagi tinggi trafik pengguna sesuatu portal, semakin banyak permintaan untuk meletakkan Iklan, maka semakin mahal kos yang perlu dibayar oleh syarikat berkenaan. Internet hari ini seumpama satu dunia lain yang bergerak secara maya. Portal seumpama kedai-kedai yang terdapat dimana-mana, datang dan pergi kepada pengguna internet.


Kesimpulannya:

  • Semakin ramai pengguna yang mengunjungi sesuatu laman web semakin popularlah laman web tersebut.



  • Semakin popular sesuatu laman web, semakin banyak syarikat berminat untuk letakkan iklan masing-masing



  • Semakin banyak syarikat ingin letak iklan di sesuatu laman web, semakin mahal kos/harga iklan dikenakan



  • Semakin mahal harga/kos iklan yang dikenakan semakin untung pemilik portal iklan tersebut


Jelas sekali bahawa pengiklananlah yang menjadi nadi dan sumber pendapatan web/media yang percuma. Sebagai pengguna, kita tidak diberi peluang langsung untuk sama-sama menjana pendapatan dalam industri pengiklanan ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger