Setengah orang, bila nak disuruh menyimpan, macam macam alasan dia berikan. Susah nak berdisiplin. Kalau menyimpan dengan cara berhutang seperti ASB loan ni, lebih baik sebab kita macam terpaksa bayar loan tiap-tiap bulan.
Sebenarnya ini hanyalah isu sikap peribadi anda saja. Cuba amalkan menyimpan dulu sebelum berbelanja. Insya-Allah simpanan akan terhasil. Kalau kurang berdisiplin, buat potongan gaji atau autodebit. Masuk ASB atau unit trust / investment-linked funds agar dapat pulangan yang setimpal. Itulah yang saya buat sekarang, setiap bulan income saya dah potong awal-awal untuk simpanan dan insurans keluarga. Jadi bila dapat duit, duit tu bersih untuk buat apa saja.
Cuma samada simpan melalui ASB loan itu menguntungkan, itu terpulang kepada diri masing-masing, bagaimana anda melihatnya. Pada saya, secara peribadi, simpan melalui ASB loan tak menguntungkan sebab dividen kita habis dihakis oleh interest bank. Bila BLR naik, silap silap dividen asb pun tak dapat nak cover interest bank.
Memanglah staff bank iklan best-best, ambil asb loan RM100,000 untuk 20 tahun, dapat dividen penuh 8% setahun bulat-bulat! Tapi ramai orang terlupa, dividen tu awal januari tahun depan baru dapat. Sekarang ni, anda dok bayar interest kat bank from jan to disember.
Ingatkan boleh “buat duit” tanpa guna modal sendiri, guna duit bank. Rupa-rupanya bank yang buat duit, guna nama kita untuk invest dalam ASB (the safest investment of all). Sebab bank pinjamkan RM100,000, dia akan dapat balik RM100,000 (sebab anda kena ganti balik). Tambahan dari itu, dapat interest dalam RM78,000 lagi (jika interest 6.5% setahun), dikorek dari dividen ASB kita. Kita untung sikit. Recommend kawan pun, bukan dapat apa-apa dari bank. Kita je yang cerita punya-lah gah, kononnya akan jadi kaya 20 tahun lagik!
(Petikan: rancangwang.wordpress.com)